Thursday 22 December 2011

Video :Kata Ganda



Read more...

Sajak : Hari Guru

Rangkap 1

Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

Rangkap 2

Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh  atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
  
Rangkap 3

Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.

Tema

Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru.

Persoalan

1.    Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa.


2.    Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.

3.    Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.


4.    Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.

Gaya Bahasa

1.      Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)

2.      Metafora
apakah  tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)

3.      Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)

4.      Asonansi
adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan vokal ’a’

5.      Aliterasi
masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5)
pengulangan konsonan ’k’.



Bentuk Sajak

                               1.        Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.


2.      Rima akhir bebas.

3.      Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata.

4.      Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata.

5.      Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya : (Rangkap 1 – ada sembilan baris,  Rangkap 2 – ada sepuluh baris dan Rangkap 3 – ada tujuh baris).


Nilai 1.      Nilai amanah :Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

2.      Nilai tanggungjawab :Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.

3.     Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa :Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.


4.      Nilai kesedaran :Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam mendidik pelajar.   

     Pengajaran 
  1.       
Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.       

  2.        Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.

3.          Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

4.          Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.








Read more...

Contoh soalan dan jawapan ringkasan yang baik.

Contoh soalan dan jawapan yang baik.
Bahagian A (i): Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasrkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang implikasi-implikasi yang ditimbulkan oleh kegiatan buli. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Isu buli bukanlah isu yang baharu dalam kalangan masyarakat. Kegiatan buli bukan sahaja berlaku di sekolah malahan berlaku dalam mana-mana institusi seperti istitusi pengajian tinggi, swasta dan kerajaan. Isu buli ini perlu disesaikan melalui pendekatan kolektif. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan gejala ini tidak terus menjadi isu yang serius. Malangnya, apabila setiap kali menyelak akhbar atau menonton televisyen, masyarakat disajikan dengan isu buli di sana sini. Scenario sebegini akan membawa impak yang ebsar kepada pembangunan negara Malaysia yang maju dan bertamadun. Malahan, modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang diimpikan dalam wawasan perdana tidak dapat direalisasikan.


            Dalam satu kajian, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gejala buli terjadi, iaitu isu pembuli berasa puas apabila berjaya menyakiti mangsa secara lisan atau fizikal. Malahan, kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan kes buli ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa. Sebaliknya, kebanykan mereka datang dariapda hubungan kekeluargaan yang tidak mengambil berat akan didikan agama. Budaya buli jika dijadikan kelaziman akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fisikal secara berterusan. Isu buli jika tidak ditangani dengan bijaksana dapat merencatkan pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral yang luhur.


            Realitinya, perbuatan buli sehingga menimbulkan keganasan di luar batasan kemanusiaan perlu ditentang. Hal ini demikian kerana tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia. Justeru, negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal mengatsi gejala buli daripada terus berleluasa. Yang lebih ditakuti ialah budaya buli akan menjadi suatu budaya yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Oleh itu, anak-anak kita juga akna menghadapi kesukaran untuk menimba ilmu kerana wujudnya persekitaran yang tidak membantu mereka untuk belajar dalam suasana yang kondusif dan aman.
            Tiada gunanya negara mampu melahirkan bijak pandai dalam pelbagai bidang, sedangkan sahsiah mereka berada pada tahap yang paling rendah. Oleh itu, setiap prpgram atau garis panduan yang bakal dibuat untuk menangani masalah buli perlu dipantau dengan lebih konsisten oleh pihak yang berkenaan agar masalah ini tidak mengganggu kelancaran agenda pembangunan yang disusun oleh kerajaan.

                        (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana, “Budaya Buli Sepatutnya Sudah  Berlalu”, Utusan Malaysia, Februari 2007)

Setelah membaca arahan soalan dan petikan di atas, anda buatlah jadual pembahagian isi seperti di bawah bagi memudahkan anda membuat rumusan.
ISI
HURAIAN
1
Kegiatan buli menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan.
2
Dapat merencatkan agenda pembangunan kerajaan terutama dalam menyemai moral yang luhur.
3
Tindakan si pembuli akan mencemarkan imej negara di mata dunia.
4
Negara akan gagal melahirkan suatu bangsa yang berjiwa merdeka jika gagal mengatasi gejala buli daripada terus berleluasa.
5
Budaya buli akan menjadi satu budaya yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi.

Setelah anda memperoleh isi-isi penting berdasarkan arahan soalan yang dikemukakan, anda bolehlah menulis ringkasan. (anda digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal ayat).
Implikasi yang timbul akibat kegiatan buli adalah mangsa akan mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. Kegiatan ini juga akan membantutkan usaha pembangunan kerajaan dalam menyemai nilai murni dalam kalangan rakyat. Pembuli juga akan mencemarkan maruah negara kepada negara luar. Selain itu, negara akan gagal melahirkan rakyat yang berjiwa merdeka jika kegiatan ini berterusan. Akhir sekali, kegiatan negative ini pasti akan menjadi budaya masyarakat jika tidak dibendung dari akar umbi.
                                                                                                                        (70 patah perkataan)


Read more...

Tips Menjawab Soalan Pemahaman Bahagian A(ii)


Read more...

Plot Novel

Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.


Perkembangan

Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan temantemannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

Peleraian

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Teknik penceritaan

1. Deskriptif (pemerian)
Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan
mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)

2. Monolog dalaman
-Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)

3. Imbas kembali
Contoh: Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).

4. Imbas muka
Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17) 

Read more...

Tema&Persoalan Novel

Tema

Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.

Persoalan

1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer
Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.

2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi.
Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.


3. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran.
Contohnya: Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan. 

Read more...

Sinopsis Novel


Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.


Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan temantemannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.

Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena. Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.




Read more...