Rangkap 1
Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.
Rangkap 2
Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
Rangkap 3
Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.
Tema
Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru.
Persoalan
1. Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa.
2. Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.
3. Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
4. Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.
Gaya Bahasa
1. Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)
2. Metafora
apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)
3. Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)
4. Asonansi
adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan vokal ’a’
5. Aliterasi
masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5)
pengulangan konsonan ’k’.
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata.
4. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata.
5. Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya : (Rangkap 1 – ada sembilan baris, Rangkap 2 – ada sepuluh baris dan Rangkap 3 – ada tujuh baris).
Nilai 1. Nilai amanah :Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
2. Nilai tanggungjawab : Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.
4. Nilai kesedaran :
Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment