Thursday 22 December 2011

Sajak : Hari Guru

Rangkap 1

Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

Rangkap 2

Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh  atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
  
Rangkap 3

Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.

Tema

Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru.

Persoalan

1.    Persoalan peranan guru mendidik anak bangsa.


2.    Persoalan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita.

3.    Persoalan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.


4.    Persoalan tugas guru yang sentiasa dikenang dan dihargai.

Gaya Bahasa

1.      Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)

2.      Metafora
apakah  tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)

3.      Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)

4.      Asonansi
adalah hari kita. (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan vokal ’a’

5.      Aliterasi
masih tegak kukuh (Rangkap 2, baris 5)
pengulangan konsonan ’k’.



Bentuk Sajak

                               1.        Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.


2.      Rima akhir bebas.

3.      Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata.

4.      Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata.

5.      Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya : (Rangkap 1 – ada sembilan baris,  Rangkap 2 – ada sepuluh baris dan Rangkap 3 – ada tujuh baris).


Nilai 1.      Nilai amanah :Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

2.      Nilai tanggungjawab :Guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk membimbing anak bangsa.

3.     Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa :Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.


4.      Nilai kesedaran :Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka dalam mendidik pelajar.   

     Pengajaran 
  1.       
Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.       

  2.        Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.

3.          Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

4.          Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.







No comments:

Post a Comment