Penulisan Karangan

Karangan Berformat Dan Karangan Yang Tidak Berformat


Jenis-Jenis Karangan :

A.    Karangan Berformat
- Karangan yang mempunyai format penulisan yang telah ditentukan mengikut jenis karangan.
1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Catatan Diari
8. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan

Contoh karangan berformat;

Karangan jenis surat kiriman rasmi
Sebuah buku yang kamu pinjam dari perpustakaan sekolah telah hilang. Tuliskan sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk menerangkan sebab-sebab kamu tidak boleh memulangkan buku tersebut.
Nor Aliza Borahnordin
No.76, Kampung Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Cikgu Mohd Fariz Yusuf,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.                                                                                                           21 DISEMBER 2011
                    
Cikgu,

BUKU HILANG

Merujuk kepada perkara di atas, saya Khushaima bt. Khairuddin murid Tahun 6 Kenanga ingin memaklumkan bahawa buku yang saya pinjam pada 14 Oktober 1998 telah hilang.  
02.     Buku tersebut berjudul ‘Menanti Hari Esok’ karya Naimah Haji Hassan. Saya meminjam buku tersebut pada waktu rehat. Selepas itu, saya pergi makan di kantin. Setelah selesai makan, barulah saya sedar buku yang saya letak di atas bangku telah hilang.      
03.     Saya akui kehilangan buku itu berpunca daripada kecuaian diri saya sendiri. Saya memohon maaf dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kehilangan buku tersebut.

Sekian untuk makluman cikgu. Terima kasih.
Yang benar,
(______Tandatangan______)
(NOR ALIZA BORAHNORDIN)

B.     Karangan Tidak Berformat
Karangan yang ditulis tanpa memerlukan format khusus, contohnya karangan umum. Karangan jenis ini hanya memerlukan pendahuluan, isi penting dan penutup. 
1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7. Karangan Jenis Peribahasa

Contoh karangan tidak berformat
Karangan jenis pendapat/ fakta;
Contoh Karangan Pendapat/Fakta - Masalah Disiplin
Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut.

Pengenalan:
Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Isi 1:
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar.

Isi 2:
Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar.

Isi 3:
Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar.

Isi 4:
Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan masyarakat.

Penutup:
Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

TUJUAN ANDA MENGARANG
1. Menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
2. Menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca.
3. Menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
4. Menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
a) Pengenalan
b) Isi-isi dan
c) Penutup

A. Pengenalan

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Bahagian isi

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.Setiap isi perlu dikembangkan/dihuraikan dan ada contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Tip
Salah satu kaedah mencari isi karangan;
Kaedah I ( pertanyaan )
       I.           Apa ?
      II.           Siapa ?
     III.           Bila ?
     IV.           Mengapa ?
     V.            Di mana ?
    VI.            Bagaimana ?

C. Penutup


Read more...